Sunday, April 18, 2010

Hari prestasi taski ABIM

Jumaat lepas, pergi sekolah kakak dengan hubby. sebab jumaat lepas hari prestasi Taski. mama dengan papa amik cuti bagai nak bagi support untuk kakak. rasanya kami yang sampai awal. Kul 7.45 dah sampai sekolah.

Ingat belum start tapi tengok cikgu dah ada kitaorang masuk je. Cikgu bagi report card.. tengok kakak dapat ni 6/20. Tak kisahlah apa nombornya tapi nak tengok macamana progress dia. Cuma agak terkejut hafazan doa dapat c. Tanye dengan cikgu.. rupa2nya kat sekolah dia ni pendiam sangat. Kalau kat rumah suara dia. tu yang cakap dengan cikgu kalau kat umah dialah yang baca doa makan siap terjemahan lagi. kat sekolah rupanya suara dia halus je kata cikgu.

Ni yang tengah fikir ni macamana method nak grooming social skill kakak ni. Kat umah rasanya ok tapi kat sekolah tu. Rasanya dia tak de masalah dengan hafazan doa atau ayat lazim. tapi mungkin sebab dia tak bercakap bila cikgu tanye tu .. kakak..kakak. Ada 2 subjek dia dapat full marks (10/10) English dengan Asas sains. yang lain 7 ke atas..

Mama cakap dengan dia tak pe lah no 6 kali ni. next time mama nak tengok no 1 pulak.. yang tak tahan tu dah minta hadiah. Apa hadiah saya mama dapat no 6. papa dia jawab nantilah papa bawak pergi KL dengan Johor next 2 weeks.

Semalam balik umah nek bi ada kejutan atas meja. Ingatkan siapa punya rupanya kakak punya usu yang bagi. Tapi semalam sampai umah nek bi dia tido. So pagi tadi baru kakak bukak kejutan dia tu....

No comments:

Post a Comment