Monday, April 26, 2010

ENTRI YANG LEPAS-LEPAS

Gambar ni kakak yang petik. tak berapa clear

ni pun sama kakak yang petik sebab tu nampak tangan papa je
Ni nama kedai tu. nasi aruk dia sedap



Gambar dua beradik weekend yang lepas. memang suka bergambar


Gambar kat atas masa kami pergi makan satu family dengan gambar anak2 dua orang tuh. So mak kat johor bolehlah tengok gambar ni yang latest punye. Sebab semalam masa call mak tak dapat nak imagine kakak semakin besar ke apa. kalau telefon guna 3g tak berapa nampak badan nampak muka jer...
Minggu ni lagi 2 hari keje sebelum cuti seminggu lebih minggu depan. 30 hb flight kami sekeluarga akan belepas jam 7.30am ke KL. Gi Kl sebab nak attend kenduri kahwin anak mak lang yang kembar. Lepas kenduri ingat nak stay satu hari lagi cuti2 sebelum balik jb pada hari Isnin. Sebab 8hb may nak buat kenduri arwah ayah sebelum aku balik kuching ahad 9hb.

So... jb i'm back. setelah beberapa bulan tak balik. kakak sampai dah rindu asyik sebut nak balik johor nak balik umah nenek sibah. dah macam2 plan dia. nak ajak pak uteh bawak main bowling lah, nak main layang2 kat hutan bandar MBJBT lah.. so sape lagi kalau bukan pak uteh lah driver nyer. mama pulak biasalah balik johor nak balas dendam makan makanan favourite. ABC auntie, nando's, vivo, sizzling kat tesco, steamboat kat dataran jb, mee rebus hj wahid (ni mesti papa suka + otak2) dll.ha3

Booking confirmation baru dapat pagi tadi dari legend hotel KL. Kali ni amik apartment 2 bilik biar ramai boleh join sekali. family aku dengan mak mentua. Sebab ingat senang nak jalan2 area tu lrt dekat, komuter dekat.. seperti biasa kemestian orang kuching kalau nak gi shopping ialah jalan tar dengan sogo. Agaknya sogo sale tak? Setahu aku sogo memang sale sokmo...

No comments:

Post a Comment