Thursday, March 8, 2012

TIBA-TIBA RINDU SAAT INI

Sekarang ni masih di office menguruskan kerja yang tak pernah selesai. Petang ni ada perhimpunan Staff dan JTmk akan jadi host untuk petang ni. Lepas tgk persiapan didewan, balik office untuk tengok kerja lain yang kena settle sebelum bercuti pada minggu depan. Terpandang gambar Qaisara di atas meja. Bila tengok rindu sangat masa dia kecik dengan pelbagai gaya dan aksi.


Sekarang Sara dah anak masuk empat tahun. Mulut dah semakin bising. lasak pun ada.. Dia tak boleh dibiarkan main sorang2.Ada je kerja dia. Sesungguhnya amat merindui masa lalu.


Next week mama cuti seminggu. Tak mau kalah nak cuti jugak alang-alang kakak cuti sekolah. Tambahan pulak mak ada kat sini. Papa pun cuti sekali. Hujung minggu anak-anak tak sabar dah. Sebab dah janji nak ke Damai Beach check in 3hari 2 malam.


Yang penting badan ini perlukan rehat yang secukupnya untuk memulakan minggu akan datang. Badan terasa amat letih. Fikiran kena dibawa berehat. Entah kenapa sekarang ni terasa sibuk sangat. Hidup rasa terkejar-terkejar.... So, I NEED A BREAK.......


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 29, 2012

Melayan anak-anak

Petang tadi lepas balik kerja dan anak-anak balik mengaji ajak hubby byr kete dan makan kat luar. Letih nak masak. Sebab sekarang ni kerja kat opis tengah banyak sangat-sangat. Tak sabar nak tunggu cuti sekolah ni sebab nak amik cuti untuk berehat. Lagipun next week mak datang sini.


Banyak rencana nak buat cuti nanti. Plan nak check in di damai pun asyik lupa nak buat reservation. Esok kot call kak nizam utk booking thru privilege card. Sebelum bayar kete hubby ajak makan dulu. So pergilah makan di bimmers. Lepas bayat kete ajak hubby pergi hills. Saje jalan dah lama tak kesini. Kalau ke hils kakak dah tau ada toysrus.


Adik paling excited bila tgk banyak baby mainan dalam tu. Last-last belikan satu utk share dua orang. Jadilah, suka tgk anak-anak excited. Td dapat email dari admin permohonan tmwa dah diluluskan. Yahoo dapat tiket free balik jb. Tapi kena connecting klia sb tak de direct flight ke jb dr kuching.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, February 25, 2012

Aktiviti hujung minggu

Minggu ni dah janji dengan anak-anak nak bagi tido kat umah sewa mak uda. So lepas balik sekolah hantar dua orang ni kat umah yati. So hari ni amik diorang bawak balik rumah. Gambar ni ambik masa datang umah yati. Kebetulan hantar dapur dgn gas kat umah yati. Kakak dengan adik sibuk main pondok-pondok


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 14, 2012

Lamanye tak menulis



Lama dah tak update blog. Bukan apa malas melanda. Lagipun takde apa yang menarik. Ni mencuba update blog dr samsung tab. Sambil menunggu anak2 mengaji dalam kereta amik kesempatan menulis sesuatu. Ahad lepas pergi tengok racing kuda. Saje bawak anak-anak. Suasananye macam filem p ramlee je.

Saturday, January 14, 2012

LAMANYE TAK UPDATE

Rasanye dah lama tak update blog ni. Kemalasan melanda disamping kesibukan yang tak berhenti-henti. Apa nak cerita?? banyak tapi tak tau nak mulakan yang mana satu..
Cerita pasal pencapaian 2011... Banyak jugak yang tercapai dalam tahun 2011. Antara lain dapat pemangkuan kenaikan pangkat ke DH 44. Alhamdulilah.. keduanya Alhamdulilah hajat untuk memilki rumah sendiri dah terkabul.Insyaallah rumah jangka siap hujung 2013 atau awal 2014. Insyaallah rumah teres dua tingkat lot tepi akan jadi milik kami...harga??

Tahun 2011, 2 kali percutian keluarga berjaya direalisasikan. Bulan Mac kami satu family ke Sabah. Bulan September ke Penang dan Langkawi. Dari segi kesihatan, sekali kena tahan kat ward emergency..tak mau lagi...tapi sekarang ni dah 4 minggu lambat pergi appointment doktor di poliklinik.. hu3 susah..

Tahun 2012 harapnya dapat memberikan sinar bahagia. Tahun ni kakak dah masuk darjah satu di SK Matang Jaya. So rutin harian sudah bermula semula kena hantar dan ambil kakak dari sekolah. Alhamduilah dia seronok dengan sekolah. Tiap-tiap hari ada je cerita bila balik dari sekolah.

Qaisara pulak, banyak sebenarnye plan yang nak dibuat. memandangkan tahun depan akan masuk Taski maka kenalah potty training.
Ajar ABC kita yang balik diajarnye....macamana nak buat tah...cakap bukan main lagi..

tu dulu setakat ni....

Sunday, October 23, 2011

PERLUKAH KITA SANDARKAN HARAPAN YANG TERLALU TINGGI???

Tengok tajuk pun dan seram... ha3 serius je bunyinye.. hari ni sebenarnya perasaan bercampur -campur hanya tuhan yang tahu.. tapi cuba maintain. Tahun depan Batrisyia masuk darjah satu. Dah daftar pun. Sebagai anak sulung for sure lah ini first experience kami husband and wife.. Dari dia tak pandai baca sampai sekarang alhamdulilah dia dah boleh membaca. Dia bukanlah anak yang menyusahkan malah kehadiran dia memberikan seribu kegembiraan apa lagi bila dia dilahirkan tak cukup bulan.

Asal citenye, pagi tadi hantar Batrisyia sekolah, check senarai nama layak ke sekolah Syeikh Kadir. Nama Batrisyia tak de dalam list. Maksudnya dia tak layak ke sekolah tu. Mula-mula masa check rasa sedih sebab tak dapat. Sekali terfikir Perlukah aku letakkan harapan yang tinggi untuk anak ini. Yelah setiap ibu bapa memang mengharapkan yang terbaik untuk anak masing-masing. Rasa down je pagi ni.

Tapi bila ingat balik masa hari exam, jumlah pelajar yang datang exam punyelah beratus-ratus banyaknya kalau tak silap 800 orang. Calon yang nak amik untuk isi kuota cumalah 210 orang. Itu pun 105 lelaki dan 105 perempuan. So sebagai mama tak perlulah nak pressure anak yang sorang tu.. Kesian anak-anak sekarang stress dibuatnya bagi memenuhi hasrat dan impian sang ibu bapa. Cuma dalam hati berkata, Ya Allah mungkin ada yang lebih baik dari ini. So mama pun redhalah dan tak fikir hal ni lagi...

Call papa bagitau masa tengah drive otw ke office, papa macam sedih je sebab dia takut anak dia sedih. Dia tak tanya mama pun, cuma dia risau anak dia. Tanya "Kakak macam mana?"

So sekolah mana pun sama. tak kisahlah.. yang penting kakak boleh membanggakan kami suatu hari nanti...

Monday, October 10, 2011

Langkawi





Setelah 2 malam di Penang, kami semua bertolak ke Langkawi. First time sampai ke Langkawi. Memang excited. Especially target nak shopping coklat dan pinggan mangkuk. Amy (driver van)diPenang hantar ke airport dalam pukul 10 pagi. Flight kul 1.00.
Masa makan diairport, terserempak dengan Siti Nurhaliza. Itu pun dia laju je sebab nak boarding.

Sampai airport langkawi driver van dah tunggu untuk hantar kami ke Suria Century Apartment. Apartment dia okla berbanding dengan desa Pelangi Condo. Siap ada breakfast untuk 6 orang lagi. Petang tu tak de aktiviti. Ingat nak sewa kereta. Tapi bila call driver untk bawak pusing jap dengan extra bayaran, kami pun dapatlah pergi Pantai Cenang, Idaman Suri, Hj Ismail Group dan pasar malam. Tour yang lain on the second day.

Dah start survey pinggan mangkuk. kat Idaman Suri cantik2 dia punya Pinggan mangkuk.Target beli Tefal, mangkuk hidang, macam2 lagi. tapi beli sikit dulu sebab hari kedua akan pergi lagi.

Keesokannya, selepas bersarapan mulakan tour ke Langkawi. Mula-mula naik cabel car. best nampak pemandangan. Cumanya keadaan pagi tu agak berkabus. Yang nervous naik cabel car masa nak naik dengan turun. Sebab cable car tu tak stop. takut tertinggal.Kat sini anak2 siap bagi makan rusa. yang bagi Kiki sebab kakak dengan adik takut.Lepas tu ke beras terbakar, underwaterworld, makam mahsuri, Pergi pekan Kuah. Ingat nak ambik gambar kat helang. Tapi sayang helang tengah renovation. tak dapat amik gambar dari depan.

Lepas tu sambung shopping kat Rams,Idaman Suri dan pergi pasar Malam. Punyalah seharian.