Sunday, July 4, 2010

LAMANYA TAK UPDATE

Rasanya dah lama tak update blog ni. Bukan apa masa tak mengizinkan. Sibuk dengan pelbagai benda yang nak kena settlekan. Dari 29 jun-2 Julai attend meeting kat Seremban. Mesyuarat Ketua2 Jabatan Politeknik Malaysia. (Wakil bos sebab bos kena attend meeting jab satu lagi). Banyak benda baru... selaras dengan nama transformasi politeknik.

Bestnya jumpa geng masa zaman master kat Kuitho (sekarang ni nama dia UTHM) dulu. Ada antara diorang dapat scholarship buat Phd. bestnye. tengok ar.. So kakak dengan adik tinggal dengan papa. Risau adik yang tercari2 mama. tapi terbalik kot pulak kakak yang lebih2.

Disebabkan almost a week tinggalkan budak2 so cakap kat papa kita bawak budak2 outing sabtu ahad. So semalam pagi kuar pegi breakfast then pegi tengok expo. Lupa lak ada hotfm mini jam. Tak singgah lak padahal dekat je dengan dewan undangan negeri. Balik kakak ajak pegi boulevard. Dia nak main kat playland atas tu. layankan jugak. Sebelum balik makan kat KFC jap lps tu terus je balik umah. Sampai umah semua pengsan tido...

Ahad lak pegi pengilan. Maksudnya kenduri kawen. anak sedara mak kahwin kat dewan sekolah Jepang. Best gak dah lama tak makan nasi kompang.. kakak makan tambah 2 kali. nak2 ada lauk kari memang berselera. Balik lepak jap umah wa. Sebelum balik makan abc, rojak buah, jelly fish, sotong kangkung kat ah kang. memang best. Bila balik umah dua2 kakak dengan adik lepak tido.

esok.. minggu depan.. banyak keje oo. nak briefing staff pasal curriculum changes, pelarasan itu ini. Petang esok ada briefing dengan student lagi, esok ada kelas lagi. Aduih banyak nye. dah mula nak stress ni... Apa2 pun kerja kena settle gak. presentation slides tak ready lagi... Nak prepare kat umah tak dapat sebab sume material tinggal kat opis. hu2. Even pen drive pun tinggal.. apa lah punya lupa sekarang ni..

Pasal kesibukan ni jugak mama tak jadi balik jb lepas meeting jumaat lepas. kalau tak, ingat nak balik jb jap. Plus anak2 dah mencari2 lagi tu yang susah sikit nak tinggal. Rasanya hujung bulan ni ada meeting ketua program agaknya. kalau ada kena pegi lagi... So kena cari semangat untuk menghadapi hari mendatang... Kerja...kerja...kerja..

No comments:

Post a Comment