Sunday, July 25, 2010

hujung minggu di Somerset Gateway

Hujung minggu yang lepas bawak anak2 check in kat Somerset Kuching. Dekat dengan OCBC bank Kuching. Mula2 kakak yang bersuara, mama bila mama nak bawak kakak pergi hotel lagi. Boleh kakak mandi swimming pool. Disebabkan kesian lagipun tak lama lagi nak puasa dah +mama banyak aktiviti next two weeks mama terus je call hotel. Alhamdulilah masa ada bilik kosong. Tu pun tinggal studio room je.

Jumaat lunch hour lari jap pergi beli baju berenang kakak dan adik. sebab baju kakak dah sendat sangat + buat kejutan untuk dia. Balik kerja petang dah tak sabar2 dia tanya bila nak pergi hotel.. So kitaorang check in sabtu. Aktiviti yang dituntut ialah mandi kolam. Bestnya sebab family kitaorang je yang konker kolam tu. mama pun mandi gak. mak uda dengan terapung tenggelamnya.. sara tak mau naik sampai menggigil2 badan dia. sejuk... kata adik. lama gak aktiviti petang tu. Ingat nak ajak papa pergi parkson ke, sarawak plaza atau the hill tapi kakak tak mau. dia kalau pergi check in hotel memang tak nak pergi tempat lain lagi, memang nak duduk bilik je.

Makan malam kat Topspot seafood. biasalah kedai makan yang selalu kitaorang pergi. Menu malam tu crab meat soup, ketam chili, butter prawn, ambal kari, oyster pancake, siakap stim asam, sotong goreng tepung, air nyiur, tebu dan macam2 air lagi. Best gak sebab dah lama tak blanje makan seafood. Fulfill hajat papa. Kekenyangan balik bilik tido.

pagi esok lepas breakfast kakak ajak mandi kolam lagi. tapi MIL and SIL tak dapat join sebab ada kenduri kawen. Mandilah lagi penuhi hajat kakak. dengan boya dia. Checkout ontime kul 12 singgah serapi corner makan tengahari. mak ai punye ramailah orang. sampai tak de seat terpaksa menunggu. balik umah jel terus lepak, mama tunggu kakak buat homework sampai terlelap2.

Petang hantar mak uda balik kitaorang singgah makan kat pandan thai delight kat BDC. Tekak ni rasa nak makan thai style pulak. Papa dengan mama oder tomyum seafood memang best dan puashati, siakap 3 rasa, papaya somtum (camni ke eja), appertizer pilih spring roll. Memang boleh dikatakan kena dengan selera kitaorang itu yang licin. Cuma agak pedas tapi kakak still boleh makan.

Lepas hantar mak uda kat Unimas balik umah jel. So pagi tadi dari batu 15 dalam kul 6.00 since papa masih cuti hari ini. Lama papa cuti. Yelah papa cuti sebab ingat kakak kena operate last week. Last check tak jadi sebab kakak batuk, selsema takut infection kat paru2. So khamis ni appointment kat hopital lagi.

No comments:

Post a Comment