Friday, March 29, 2013

Pulang ke kuching

Masa update blog ni dlm klia express menuju klia. Actually flight ke kuching pujul 4.10 nanti. Saje checkout awal dari ancasa sebab bas kiki ke jb pukul 1petang.  Dah habis percutian ke kuala lumpur. Sebenarnya takde plan pun tapi tgk ada tiket murah so decide nak pg.

Hubby pun tak ikut sebab keje. So dgn anak-anak dgn yati dari kuching. Mengisi masa lapang dan aktiviti cuti. Sampai kl cuma pg shopping2 dan makan2 je. Stay di ancasa kuala lumpur. Semuanya booking last minute. Ok la...budak2 pun seronok..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, March 23, 2013

Selesai sudah

Alhamdulilah debaran dan kesibukan berlalu sudah. Mqa dah settle cuma tunggu audit sirim bulan april. Disebabkan keletihan maka amik cuti untuk seminggu. Sedang menimbang dan mengintai tiket untuk terbang. Kalau ada rezeki nak balik. Hubby dah bagi green light. Melupakan seketika tentang kerja. Sekarang nak tebus masa untuk keluarga...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 12, 2013

Perjalanan hari ini

Pagi ni travelling kuching ke kuala Lumpur.. Anak-anak tinggal dengan papa. Terpaksa papa cuti nak hantar anak pergi balik sekolah.. Dah lama tak outstation.. Bengkel cqi kurikulum 13-15 feb Flamingo Ampang... Sempat jumpa mak kat umah mak lang sebelum start berbengkel malam ni...

Will miss kakak dan adik...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, January 16, 2013

Dah 10 Tahun

Pagi ni lepas habis kelas dapat sijil dari KJ. Maksudnya dah sepuluh tahun berkhidmat di Politeknik Kuching. Dan bermaksud dah 10 tahun bermastautin di bumi kenyalang ni.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, January 1, 2013

First day in school

Hari ni dua-dua anak mama dah start sekolah. Kakak darjah dua, Sara taski 5 tahun. Pagi2 dua -dua dah bangun nak siap pergi sekolah. Yaya paling bersemangat tak sabar nak sekolah. Mama dengan papa cuti hari ni sebab nak hantar anak-anak ke sekolah.

Kakak dah biasa sebab dah naik darjah dua. Tapi kena hantar kat kelas sebab nak tengok tempat duduk. Mama kena belikan buku pendidikan seni sebab takde dalam buku yg telah dibeli. Lepas hantar kakak hantar yaya pulak.

Alhamdulilah tak menangis bila tinggalkan kat school. Cikgu2 kenal lagi dengan mamadan papa kecuali cikgu baru. Alhamdulilah yaya dapat kelas Al-Muslim. Cikgu kelas Cikgu Marysiah (cikgu kakak enam tahun dulu). Dalam pukul 9 lebih tinjau sta kat school. Tengok dia tengah melukis. Ok nak jugak dia buat apa yang cikgu suruh. Kalau mama suruh tak mau dia.

Balik dari sekolah riuh mulut dia cerita first experience kat school. Semoga yaya dan kakak jadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Bila anak2 takde kat umah terasa sunyi pulak. Tadi balik dari breakfast dalam kete rasa lain pulak. Especially bila yaya tak de.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, December 31, 2012

Hobi

Nilah hobi masa lapang... Hari ni cuti. Semalam pun cuti sb hantar kakak daftar sekolah. Esok pun cuti gak. Sara masuk taski.. So hari ni mengemas rumah yang balik hujung minggu je.... Tak sabar tunggu umah sendiri siap.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, December 28, 2012

SEPETANG BERSAMA USTAZ DON

Alhamdulilah petang jumaat ni ada majlis ilmu bersama penceramah terkenal Ustaz Don Daniyal. Since minggu lepas warga Poliku dah diwarwarkan majlis ni. Mama pun bagitau anak-anak kalau nak ikut serta majlis ilmu.

Mula-mula dua-dua nak ikut. Td balik umah nak amik kakak tak jadi pulak nak ikut. Sara sorang je ikut. Sibuk yaya bila nak jumpa ustaz Don. Masa masuk dewan ramai sangat orang so yaya tak berapa nampak. Dia kata Ustaz don tak tengok dia?

Kebetulan tempat duduk kami diruang tempat ustaz berjalan so agaknya rezeki yaya dapat jumpa live. Ustaz don tengok dia lepas tu hulurkan tangan. Yaya pun terus pergi bersalam. Ustaz pulak cium tangan dia. Lepas lah hajat yaya. Gambar bersalam mama tak sempat nak amik.

Dah keluar dewan yaya kata seronok hari ni mama. Hajat yaya nak jumpa ustaz don live dah tercapai. Majlis ni sangat best pengisiannya. Memang kagum dengan aura ustaz muda ni menyampaikan ceramahnya.


Published with Blogger-droid v2.0.4