Saturday, July 21, 2012

Bermulanya ramadhan

Alhamdulilah dapat dipertemukan dengan ramadhan kali ini. Alhamdulilah batrisyia berjaya habiskan puasa semalam. Semalam bawa family berbuka puasa di grand magherita. Macam-macam ada buffet. Kali ini rasa ramadhan sangat seronok. Moga dapat diisi dengan amal ibadat yang bermanfaat. Insyaallah.

Kasut raya anak-anak dah beli semalam. Terlanjur singgah di Lea centre sarawak plaza semalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Baru nak update

Lama tak update blog. Malas sebenarnye...minggu lepas bawak family hitea di hilton. Saje sebelum mulanya ramadhan


Layan gambar je la


Published with Blogger-droid v2.0.4

Playing #Falling Ball# on my GT-P6200, https://market.android.com/details?id=com.reverie.game.fallingball


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, March 25, 2012

Bye bye nek Sibah

Masa mengarang ni ada kat airport. Baru hantar mak balik jb. Lebih kurang dua minggu mak kat sini. Sedih gak budak-budak ni sebab mak ada kat sini macam-macam teringin nak makan mintak mak masakkan. Barang banyak gak. Ada yang terpaksa kena tinggal. Takpelah kalau siapa2 balik jb nanti blh bawak.

Sekarang ni tengah tunggu yati oder makan di mcd.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 22, 2012

KISAH QAISARA MINGGU NI...

Isnin minggu ni mama el lagi sebab sara demam. Actually dari sabtu lagi dah perasan badan dia panas. So bagi paracetamol ikut masa. Ada gak dia merengek. Tapi bila isnin dia tak ok lagi pagi tu mama decide bawak sara ke normah.

Lagipun sara complain sakit perut. Doktor ingat dia chronic sembelit. So kena masukkan ubat thru bontot dia. Kesian dia menangis. Masa pergi ni mak ikut sekali. Selasa malam sara complain sakit kaki. Ingat kena gigit nyamuk, so letaklah minyak. Tapi dia nangis berterusan bagitau sakit. Hairan gak sebab dia tak macam ni sebelum ni.

Bila tengok kaki dia rupanya ada banyak bintik merah. Dah suspen sebab takut kena HFMD? SO lepas amik kakak balik sekolah semalam decide bawak ke Hospital normah sekali lagi. Check temperature memang sara demam. Bila doktor tengok bintik merah dia suspect denggi. So kenalah buat blood test nak tgk platlet darah dia. Kesian tengok sara bila doktor cucuk tangan comel dia nak ambil darah. Menangis tak usah kata. Sampai bengkak mata menangis. Nasib papa datang mada tu. Kalau tak macam manalah mama nak handle sara sorang.

Hari ni papa ambik cuti. Takut apa-apa hal nanti. Dari pagi tunggu doctor call. Mama terpaksa pg office gak sebab dah lama cuti dan kerja pun melambak.

Pukul dua lebih tadi baru doktor call. Alhamdulilah result darah dia ok. Platlet darah normal, takde denggi. Cuma infection je. So kena papa kena pg normah untuk ambil antibiotik. Papa kata dapat antibiotik satu je.

Hopefully sara ok la lepas ni.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, March 13, 2012

Simpang Tiga

Pagi ni temankan hubby buat international passport di pejabat imigresen simpang tiga. Disebabkan kami berdua cuti, so gunakan peluang ni utk buat psssport. Ingat nak masuk spore cuti raya nanti.

Boleh beraya sambil makan angin kat spore. Kakak dah sibuk nsk pg USS. Insyaallah ada rezeki nanti nak pergi.

Sekarang ni tengah tunggu nombor giliran untuk proses. Tadi gambar passport yg hubby amik kena reject. Sebab pakai cermin mata. So ada pantulan cahaya. Terpaksalah turun sekali lagi amik kat bawah.

Tadi sampai kena tunggu dalam 50 nombor. Nasib baik anak-anak tak ikut tinggal dengan mak kat umah.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 12, 2012

Mengisi masa lapang

Ni gambar yang diambil petang semalam. Actually dah post semalam entah hilang ke mana


Published with Blogger-droid v2.0.4