Tadi menjenguk progres rumah. Setakat ni bumbung dah ada. Tgl nak plaster bahagian atas je lagi. Pagar pun dah buat cuma besi tak pasang lagi. Tak sabar nak tunggu rumah siap dan nak masuk rumah baru. Nak mulakan rutin hidup baru.
This blog was dedicated to my lovely daughter, Adriana batrisyia and Adhana Qaisara...mama loves both of you
Tuesday, August 13, 2013
Sunday, August 11, 2013
sambutan raya aidilfitri
Raya keempat sempat pergi beraya 3 buah rumah. Rumah bos papa, pn zura, umah kak isja dan umah usu melati. Usu celebrate birthday tikah sekali. Memang kekenyangan semalam. Umah pn zura makan nasi dagang, umah isja makan nasi ayam dengan laksa sarawak. Rumah usu pun makan nasi juagak.
Balik rumah ingat malam nak sambung beraya lagi tapi dah larat. Penangan buat open house second day raya masih terasa. Lupa nak snap gambar masa open house. Dah sibuk jadi chef hari tu. Alhamdulilah ramai yang datang. Sampai malam masih ada tetamu. Seronok bila jumpa kawan-kawan. Jumpa kak dayang yang dah lama tak jumpa. Cuma masa siang tu tak jenguk kedepan sebab sibuk menjala roti jala didapur. Alhamdulilah semua menu yang dirancang menjadi.
Raya ketiga kwn2 hubby datang lps tu pg rumah big boss hubby di hillside. Seronok gak berkonvoi 3 kereta. Lepas tu ke rumah nazri dan umah mas kawan hubby. Makan mee hoon belacan dan mee rebus. Kakak dengan sara bertambah2 makan.
Friday, August 9, 2013
Salam Aidilfitri
Assalammualaikum semua... Kami sekeluarga mengucapkan selamat menyambut aidilfitri maaf zahir batin
Tuesday, August 6, 2013
Raya preparation
Hari ni cuti. Mula2 mcm tak nak amik cuti. Tapi since banyak keje yang nak dibuat decide cuti last minute.sekarang ni kat car wash batu 15. Sementara tgu hubby balik keje, kemas umah dengan amik barang nak bawak ke rumah mil. Lepas ni nak amik bunga, lemang dengan baju raya.
Hari ni tak payah masak untuk esok. Sebab second day raya baru buat open house. Menu dah rancang. Moga Allah beri kekuatan dan kesihatan nak melaksanakannya. Tahun ni beraya di kuching. Tapi akan balik jb 3hari 24 ogos nanti. Dikesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir batin dari kami di kuching. Buat adik beradik dan mak serta keluarga insyaallah kita jumpa bila saya dan keluarga terbang ke jb nanti.
Inshaallah kalau tahun depan dah pindah umah sendiri nak ajak semua keluarga beraya di kuching. Masih dalam perancangan...atau kami balik jb tahun depan.
Saturday, August 3, 2013
Bye bye Mak U
Semalam hantar mak u balik jb. Flight yati 7 lebih malam. Pukul tiga dah keluar umah sebab takut jalan jem. Nak singgah batu 7 beli ikan terubuk panggang. Anak-anak sedih gak sebab mak u dah nak balik. Balik umah semalam naik tangga tiba-tiba sara cakap.. Mama rasa macam mak u ada kat umah... Hehe yaya teringat mak u... Lawak betul yaya ni.
Balik dari airport ingat nak berbuka di kuching central. Otw nampak ada buffet ramadhan kat mass cafe... So singgahlah dan buat reservation. Nasib ada tempat kosong lagi. Dah fully book lepas tu.
Wednesday, July 31, 2013
Budi Bahasa Budaya kita
Walau apa pun bangsa kita, agama kita, warna kulit kita, budi bahasa amat perlu...rentetan kisah sebelum ini yang terjadi pada i di Mcd Plaza Merdeka. Suhana call dari Mcd Plaza merdeka tanya apa yang berlaku semalam. I pun ceritalah apa yang jadi semalam.
I question dia apa sebenarnya yang staff you nak tunjuk pada customer? I tanya lagi apa pangkat yang pakai baju hitam or kelabu? Dia jawab manager... So i jawab kalau dah manager pun macam tu what do you expect. I cakap kat dia i really upset semalam dgn layanan yang diorang berikan. I bagitau i tak kisah tunggu lama kalau staff dia bagitau sorry kak tunggu kejap ke.. Ni dia buat macam i ni invisible pulak...
So suhana ni mintak maaf la bg pihak mcd plaza merdeka. Harap i datang lagi ke situ... I cakap i dah tawar hati.. Lagipun adavkawan i bagitau dia pun terkena disitu.. I bgtau suzana kes kawan i tu... Nasib i tak bgtau last week masa nak oder yati have to wait for the crew semata2 crew tu nak bancuh air kopi untuk dia minum. Sedangkan customer tercongok kat depan kaunter nak oder.
I sangat puas hati... Memang bolah maafkan diorang... Tapi u yang menyediakan servis utk customer, perlulah utamakan customer.. I tak kisah kalau dia kata sekejap kak... Ni bila dia ignore macam i takde it shows me something not right there
The worst service @mcdonalds plaza merdeka kuching
Semalam ke plaza merdeka sebab nak shopping baju raya papa. Kesian barang raya papa belum settle. Anak-anak ikut mak undgn nenek diorang jln kat luar. So dapat la papa dua pasang kemeja bonia. Keluar dari parkson anak-anak dah duduk makan di Mcd. Diorang dah nak habis makan pun.
Nak dijadikan cerita, batrisyia nak refil air sebab papa dia suruh. Dahla member kepedasan. Lepasmtu mama pun ikut pergi kaunter. Tunggu punya tunggu nak dekat lima minit tercegat kat kaunter. Takde sorang pun tanya dan layan. Yang dua tiga orang lagi tu berdiri kat belakang. Dah naik bengang terus tinggalkan kaunter tanpa refill air dan tanpamsorang staff mcd ninyangbtanya. Yang sangat dikesalkan ialah cara diorang ni layan customer. Satu lagi dari observation i la, budak mcd ni buat keje main-main. Yang sangat kesal supervisor diorang pun dua kali lima. Last week pergi pun boleh diorang bergurau senda kat kaunter. Siap ada pompuan menjerit lagi kat kawasan kaunter. Dgn tak pakai uniform. Org luar kot.
Lain kali belajarlah hormat orang. Tak pun jaga budi bahasa awak tu. I kesian kat anak2 kehausan. Lain kali memang tak nak jejak la kat mc d plaza merdeka. Balik rumah terus cari channel untuk complaints. Jumpa website mcd malaysia. Puaskan hati biar management diorang tau pasal hal ni. Itu pun kalau management dia ambil berat pasal hal ini.


















