Tuesday, July 30, 2013

cerita berbuka puasa

Alhamdulilah dipertemukan ramadhan pada tahun ini. Cerita ramadhan dimulakan dengan buka puasa. First day puasa menikmati buffet ramadhan di grand magherita. Bersama keluarga plus kawan yati. Yang lain buka dirumah. Jumaat lepas berbukandi grand continental hotel. Dah lama tak ke sana. Not bad pulak makanan kali ni.

Hari ahad yati bawa kakak dan adik ke summer utk berbuka diluar. Bila tinggal dengan husband kami pun cadang berbuka diluar. Call riverside dah penuh. Dapat jugak call four points. Rupanya kualiti buffet di four points lagi best...

Dessert best, sushi, roti canai, murtabak, roti jala.. Bila ingat tu semua kegemaran batrisyia..

So jumaat ni alang-alang balik umah jel akan singgah untuk berbuka di four points lagi. Dah siap buat reservation dah...smlm masa masak untuk berbuka di rumah in law dgn hubby asyik teringat je je cheese cake..

Tadi hubby call bgtau jom buka luar. Dia suruh arrange buat reservation. Bila buat survey terus decide nak buka di kopi o corner. Nak try makan kat situ....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, July 15, 2013

Gotong royong menyediakan juadah berbuka puasa di Pusat Islam PKS

Hari ni hari keenam umat islam berpuasa. Tiba giliran JTMK menyediakan juadah berbuka puasa. Menu nasi tomato, opor ayam resepi mak piah, acar, dalca dan bubur lambuk. Semua menu ada tokey masterchef yang incharge. So saya incharge opor ayam.

Bahan-bahan dah ready dari rumah. Cuma tinggal beli ayam, basuh dan goreng. Nasib ramai student yang membantu. Terima kasih semua


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, July 8, 2013

rumah lagi dan salam ramadhan

Progress rumah setakat ni... Dan nak ucapkan selamat menyambut ramadhan. Alhamdulilah dipanjangkan usia dapat bertemu ramadhan pada kali ini


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, July 3, 2013

Pencapaian anak-anak

Alhamdulilah.. Jumaat lepas hari pemuafakatan di sekolah kakak dan hari prestasi disekolah adik. Keputusan keduanya memberangsangkan dan boleh dipertingkatkan. Alhamdulilah ya Allah kerana memakbulkan doa mama. Kali ni memang tak letak harapan yang tinggi pada qaisara. Sb di rumah memang susah nak tgk dan suruh dia menulis. Terkejut jugak bila dia dapat menguasai exam pertengahan tahun.

Cikgu kelas adik pun agak terkejut. Dari segi hafalan doa dan membaca cikgu kata adik lancar. Semoga anak mama jadi anak yang cemerlang dunia akhirat,

Kakak pun alhamdulilah dapat menguasai pelajaran kali ni. Cuma matematik perlu banyak latihan lagi. Mama doakan kakak dapat keputusan yang baik akhir tahun nanti. Mama dan papa selalu pesan.. Kalau nak naik pentas lagi macam tahun lepas kena usaha sungguh-sungguh dapat keputusan yang cemerlang.

Mama coretkan catatan ini sebagai kenangan manis hidup mama.


Published with Blogger-droid v2.0.4

progress rumah

Nilah progress terkini rumah. Kiranya project ni dah delay. Smlm pg developer amik cek pampasan. Bila tanya bila dapat kunci? Dimaklumkan awal tahun depan. Bersabar je la..pinjaman perumahan dah start kena bayar bulan ni. Takpelah tutup mata je. Aset..aset


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, June 21, 2013

Merindui saat ini

Tengok gambar dlm tab... Sangat merindui saat ini. Sangat merindui tanah kelahiran di selatan sana. Ada rezeki akan kembali lagi. Masa cuti dah habis...kini meneruskan tanggungjawab yang digalas..semester baru bermula..menghadapi cabaran baru..karenah yang pelbagai..moga dapat menghadapinya


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, May 26, 2013

Aktiviti pertama

First day di jb, jalan ke mydin dan aeon bukit indah. Shopping barang-barang untuk dibawa ke lotus nanti. Lepas tu singgah aeon bukit indah. Makan je sebenarnya tujuan ke sini. Apa lagi, nandos jadi pilihan.


Published with Blogger-droid v2.0.4