16 mei hari guru.. Hari jadi ayah yg juga seorang guru...2007 ayah bersara juga pada 16 mei... 24 mei 2007 ayah pergi selama-lamanya meninggalkan kita semua...sudah enam tahun masa berlalu... Sekejapnya masa itu meninggalkan kita.
Semalam 16mei anak-anak seronok membawa hadiah untuk cikgu masing-masing. Petang semalam di office pun ada acara memotong kek.. Walaupun tak ramai student wish selamat hari guru.. Cuma satu dua thru fb. Yelah student politeknik.. Mungkin pensyarah dia tak masuk kategori cikgu kot....tak pe janji sumbangan membentuk modal insan dan anak bangsa terlaksana.
Hari ni buat sarapan pagi untuk geng office. Mintak tolong hush bacakan doa untuk dititipkan kepada ayahanda tersayang sempena bdaynya semalam. Sebab nak buat minggu depan cuti wesak day dan sudah terbang pulang ke jb untuk 2 minggu. Tak sabar dah..
Hari ni ada jamuan ditaski sara. Sara excited bawak red velvet cake untuk dipotong dgn cikgu dan kawan2. Baru dapat call dari yati yaya tak sempat potong kek sebab cikgu dah hantar awal..
This blog was dedicated to my lovely daughter, Adriana batrisyia and Adhana Qaisara...mama loves both of you
Thursday, May 16, 2013
hari guru celebration
Monday, May 6, 2013
Bye-bye JB
Dah selamat sampai ke kuching. Hari ni dah start kerja. Semalam anak-anak lemah je nak balik kuching. Lebih-lebih lagi sara. Tak nak balik lg sebab kata dia sekejap je. Sementara nak dropped bag kt kaunter semalam dia bantai tidur je.
Dah calling nak masuk flight barulah nak pg toilet nak sheshe...last2 pg toilet dlm flight je. Dalam flight barulah dia breakfast makan green curry chicken.
Sampai kuching papa dah tunggu. Balik umah jel dulu baru balik umah nenek petangnya. Sebab petang anak- anak mengaji. Tak sabar nak tunggu 24 Mei. Akan balik cuti lagi. Kali ni lama sikit. Lebih kurang 2 minggu.
Sunday, May 5, 2013
Happy birthday mak in advance
Balik ni sambut birthday mak in advance. Actually bday mak 10 Mei.Since balik mengundi dah semua adik beradik ada so celebrate lah. Lagi best mak itam, mak andak dgn makcik ada.
Tengahari pg jusco bukit indah beli kek di baskin robin. Malam pg dinner di Malay Village nusa bistari. Happy birthday mak. Esok dah nak balik Kuching.
Friday, May 3, 2013
Balik mengundi
Pukul 3 pagi dah bangun nak bersiap ke airport. Flight pukul 6.05 pagi. Plan asal nak balik sorang. Tp kesiankan sara bawak dia. Semalam last minit purchase tiket batrisyia pulak. Kesian tak sampai hati nak tinggalkan dia.ni sedang menanti flight untuk terbang ke johor bahru
Monday, April 29, 2013
Balik mengundi
Hari sabtu ni akan balik jb untuk mengundi. Balik sekejap je untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. First time mengundi. Sebelum ni tak pernah pun. Balik kali ni bawak Qaisara seorang. Kakak tinggal lagipun nak periksa 9 mei nanti.
Cuti dah apply thru hrmis untuk 9 mei dgn hujung bulan 5. Hujung bulan akan balik sekali lagi sebab cuti sekolah. Kali ni lama sikit. Rasanya tahun ni baru first time balik jb. International passport dah nak mati jun ni. Kenalah renew. Takut tak sempat je
Sunday, April 28, 2013
Perfect livin
Smlam berkesempatan ke exhibition pasal barang rumah. Sementara tunggu rumah siap belilah sikit2 keperluannya. Dapat beli meja makan idaman. Marble table dan seramik knife di exhibition ni. Nak oder kitchen cabinet tak berani lg tunggu betul2 umah dah siap nanti.
Dah bg details kat signature kitchen yg akan bagitau bila ada promotion.
Tuesday, April 23, 2013
progress rumah kami
Berkesempatan meninjau rumah yang kami beli. Setakat ni government dah release 35% duit kepada lawyer. Tak sabar nak duduk rumah sendiri. Rasanya baru senang sikit tak payah ulang alik tiap minggu ke kuarters husband. Hopefully hujung tahun ni siap.
Dalam kepala dah terfikir apa nak dibeli dan rencana house warming... Takpela tunggu je
















