Thursday, May 16, 2013

hari guru celebration

16 mei hari guru.. Hari jadi ayah yg juga seorang guru...2007 ayah bersara juga pada 16 mei... 24 mei 2007 ayah pergi selama-lamanya meninggalkan kita semua...sudah enam tahun masa berlalu... Sekejapnya masa itu meninggalkan kita.

Semalam 16mei anak-anak seronok membawa hadiah untuk cikgu masing-masing. Petang semalam di office pun ada acara memotong kek.. Walaupun tak ramai student wish selamat hari guru.. Cuma satu dua thru fb. Yelah student politeknik.. Mungkin pensyarah dia tak masuk kategori cikgu kot....tak pe janji sumbangan membentuk modal insan dan anak bangsa terlaksana.

Hari ni buat sarapan pagi untuk geng office. Mintak tolong hush bacakan doa untuk dititipkan kepada ayahanda tersayang sempena bdaynya semalam. Sebab nak buat minggu depan cuti wesak day dan sudah terbang pulang ke jb untuk 2 minggu. Tak sabar dah..

Hari ni ada jamuan ditaski sara. Sara excited bawak red velvet cake untuk dipotong dgn cikgu dan kawan2. Baru dapat call dari yati yaya tak sempat potong kek sebab cikgu dah hantar awal..


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment