First day di jb, jalan ke mydin dan aeon bukit indah. Shopping barang-barang untuk dibawa ke lotus nanti. Lepas tu singgah aeon bukit indah. Makan je sebenarnya tujuan ke sini. Apa lagi, nandos jadi pilihan.
This blog was dedicated to my lovely daughter, Adriana batrisyia and Adhana Qaisara...mama loves both of you
Sunday, May 26, 2013
Thursday, May 16, 2013
hari guru celebration
16 mei hari guru.. Hari jadi ayah yg juga seorang guru...2007 ayah bersara juga pada 16 mei... 24 mei 2007 ayah pergi selama-lamanya meninggalkan kita semua...sudah enam tahun masa berlalu... Sekejapnya masa itu meninggalkan kita.
Semalam 16mei anak-anak seronok membawa hadiah untuk cikgu masing-masing. Petang semalam di office pun ada acara memotong kek.. Walaupun tak ramai student wish selamat hari guru.. Cuma satu dua thru fb. Yelah student politeknik.. Mungkin pensyarah dia tak masuk kategori cikgu kot....tak pe janji sumbangan membentuk modal insan dan anak bangsa terlaksana.
Hari ni buat sarapan pagi untuk geng office. Mintak tolong hush bacakan doa untuk dititipkan kepada ayahanda tersayang sempena bdaynya semalam. Sebab nak buat minggu depan cuti wesak day dan sudah terbang pulang ke jb untuk 2 minggu. Tak sabar dah..
Hari ni ada jamuan ditaski sara. Sara excited bawak red velvet cake untuk dipotong dgn cikgu dan kawan2. Baru dapat call dari yati yaya tak sempat potong kek sebab cikgu dah hantar awal..
Monday, May 6, 2013
Bye-bye JB
Dah selamat sampai ke kuching. Hari ni dah start kerja. Semalam anak-anak lemah je nak balik kuching. Lebih-lebih lagi sara. Tak nak balik lg sebab kata dia sekejap je. Sementara nak dropped bag kt kaunter semalam dia bantai tidur je.
Dah calling nak masuk flight barulah nak pg toilet nak sheshe...last2 pg toilet dlm flight je. Dalam flight barulah dia breakfast makan green curry chicken.
Sampai kuching papa dah tunggu. Balik umah jel dulu baru balik umah nenek petangnya. Sebab petang anak- anak mengaji. Tak sabar nak tunggu 24 Mei. Akan balik cuti lagi. Kali ni lama sikit. Lebih kurang 2 minggu.
Sunday, May 5, 2013
Happy birthday mak in advance
Balik ni sambut birthday mak in advance. Actually bday mak 10 Mei.Since balik mengundi dah semua adik beradik ada so celebrate lah. Lagi best mak itam, mak andak dgn makcik ada.
Tengahari pg jusco bukit indah beli kek di baskin robin. Malam pg dinner di Malay Village nusa bistari. Happy birthday mak. Esok dah nak balik Kuching.
Friday, May 3, 2013
Balik mengundi
Pukul 3 pagi dah bangun nak bersiap ke airport. Flight pukul 6.05 pagi. Plan asal nak balik sorang. Tp kesiankan sara bawak dia. Semalam last minit purchase tiket batrisyia pulak. Kesian tak sampai hati nak tinggalkan dia.ni sedang menanti flight untuk terbang ke johor bahru