Petang2 berjalan melihat progres rumah. So inilah progres setakat ni.
This blog was dedicated to my lovely daughter, Adriana batrisyia and Adhana Qaisara...mama loves both of you
Sunday, October 20, 2013
Sunday, September 22, 2013
Progress rumah lagi...update 21September 2013
Semalam bawak anak-anak ke muzium ada pameran dinosour dinotrek 2. Papa dah janji since papa off minggu ni. Kakak sempat masuk pertandingan mewarna. Dapat hadiah saguhati. Oklah saje-saje je.. I perasan kakak memang rajin masuk pertandingan ni.
Balik dari tengok dinosor pg bckk tgk sarabex. Tak ada apa sangat banyak jual rumah dan hartanah. So takde apa yang interesting sangat. Macam yang lepas dapat beli meja makan marbel. Tunggu pindah umah baru amik meja. Sempat jugak tengok progress rumah semalam. Dengar2 dua phase belakang dapat kunci bulan 10 ni. Umah kami awal tahun depan.
Sunday, September 8, 2013
Saturday, August 31, 2013
progress rumah setakat 31 ogos 2013
Hari ni saya dan hubby ke rumah sharafi atas undangan open house. Sedap makan bubur pedas, nasi putih dan berulam. Betambah2 makan. Lepas tu singgah semariang untuk melihat progress rumah. So inilah progress cuma kena monitor selalu. Kalau ada yang nak complain dgn developer.
Thursday, August 29, 2013
cerita open house kami
Hari selasa 27 ogos i berkesempatan buat open house untuk kawan-kawan dan student. Open house start pukul 11 am. Menu yang dimasak ialah sup tulang, me rebus, nasi paprik, sotonayam, ketupat dan rendang, kuih lopes, choclate brownies, satay, karipap dan samosa.
Tq pada yang sudi datang. Tq untuk mak yang tlg masakkan rendang dan ketupat, mak itam yang bagi biskut dan brownies yang sangat sedap. Ramai yang datang ke open house kami....gambar menu yang dihidang lupa pulak nak snap, nama pun dah sibuk. Tema makanan ialah masakan dari johor..so mengangkut barang dari jb. Beli 130 kg luggage bila naik airasia
Wednesday, August 28, 2013
Cerita raya lagi
Hari Ahad kami semua ke yong peng untuk beraya di rumah cik hamid. Sambil tu menziarah kubur ayah. Lepas beraya di parit tengah ke linau pulak beraya di rumah wak saripah. Memang best makan biskut dan kerepek raya. Lepas linau ke rumah cik mah pulak.
Sebelum nak pergi telefon cik mah dulu. Sampai cik mah hidang mee goreng. Sedapnya. Dan yang paling best ada rezeki makan durian bila ada durian gugur. Rezeki hubby yang suka makan durian. Rambutan pun ada. Lepas tu terus balik jb dengan keletihan tapi puas. Balik jb siapkan kerja menganyam ketupat. Cadangnya nak buat open house hari selasa lepas balik jb
Beraya di Jb
Tahun ni alhamdulilah dapat beraya di jb walaupun turn kuching. Cuma masa yang singkat. Flight blk jb hari sabtu 24 ogos 2013. Flight berlepas dari kuching pukul 6.05 am. Sampai jb awal. Yati dah tunggu. Sampai jb pergi kafetedia noor untuk breakfast baru balik rumah. Malam tu turn marhaban kat rumah mak.
Petang kami menerima kunjungan rahim classmate kami husband and wife masa form 6 di ec. Maklong, busu, kak long diah, mak itam dan syapie, serta makcik ada masa marhaban berlangsung.
Menu marhaban malam tu sup tulang, mee bandung, kek lapis, brownies dan kuih muih. Seronok sangat....










































