Wednesday, December 12, 2012

Mama cuti

Hari ni ambil cuti dua hari. Nak rehat dengan anak-anak. Lagi pun minggu depan ada kursus empat hari. So sempena cuti balik umah sendiri. Pagi ni godek2 bahan kat peti sejuk untuk buat sarapan. Buatkan budak-budak ni roti pizza untuk breakfast.. Hubby ada kursus hari ni...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, December 10, 2012

SARAWAK RIVER CRUISE

Pada 1 Disember 2012 yang lepas kami berpeluang naik Sarawak River Cruise. Bermula jam 5.30 sampai pkl 7.00 malam. First time naik. Best gak dah sepuluh tahun di bumi kenyalang baru kali pertama naik. Anak-anak punyalah seronok. Qaisara takbsabar tunggu cruise berjalan.

Mama yang tak seronok. Sebab dari malam sebelum sakit gusi bongsu. Dah masuk umur 36 tahun baru nak tumbuh gibi. Cun pulak time birthday. Rasa macam pelancong bila naik cruise. Tambah lagi kitaorang pergi dengan geng satu jabatan. Meriah...

Dalam cruise dapag minum air oren dengan kek lapis sarawak. Siap ada persembahan kebudayaan lagi


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, December 7, 2012

Happy Birthday Adhana Qaisara

Anak mama dah 4 tahun semalam. 6 disember 2012. Semoga jadi anak yang cemerlang dunia akhirat. Sihat selalu... Mama dan papa sayang Sara..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, November 16, 2012

Aktiviti cuti

Semalam cuti maal hijrah.. Alang-alang hari ni jumaat, so sambung cuti. Itu yang rabu lepas pulun siapkan markah. Kerja kat opis memang tak habis-habis. Semalam hubby tak kerja. So pergi kamdar beli kain baju sekolah. Lepas tu pergi spring cari goggle dengan topi untuk swimming lesson esok.


Hari ni tak kemana sebab hubby kerja. So memasak nasi beriyani..untuk anak-anak. Teringat kecik-kecik dulu arwah ayah beli nasi beriyani. Makan ramai-ramai. Nasi beriyani ayah yang paling best...kakak suka sangat makan bertambah...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, November 9, 2012

Tahniah Adriana Batrisyia

Lama tak update... Mama nak ucapkan tahniah untuk anak mama Adriana Batrisyia..semoga sentiasa cemerlang untuk masa depan. Actually khamis lepas mama dapat hadir tengok kakak naik pentas untuk majlis anugerah cemerlang. Dapat nombor 3 kali ni. Dapat 8A 2B. Bila kira lima subjek dapat 4A 1B. Mama dgn papa turut berbangga dengan kakak..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, September 8, 2012

ENTRI YANG TERTANGGUH

Cerita raya belum diletakkan dalam blog? Malas dan tak sempat nak update. Alhamdulilah tahun ni dapat beraya di jb. Semapt menziarah kubur ayahanda tersayang sebelum hari raya. Raya pertama di jb kali ni. Raya kedua baru bergerak ke melaka. Sempat beraya rumah adik beradik ayah. Jalan jammed tak usah kata. Pukuln10 malam baru sampai Melaka. Cuti dua minggu dimanfaatkan sepenuhnya. Sempat beraya di Singapore dan pergi USS.


Published with Blogger-droid v2.0.4

HAPPY BIRTHDAY ADRIANA BATRISYIA

Happy birthday untuk anak mama yang ke tujuh tahun. Semoga jadi anak yang solehah cemerlang dunia dan akhirat. Gambar kek ni masa celebrate di jb minggu lepas.


Published with Blogger-droid v2.0.4