Pada 1 Disember 2012 yang lepas kami berpeluang naik Sarawak River Cruise. Bermula jam 5.30 sampai pkl 7.00 malam. First time naik. Best gak dah sepuluh tahun di bumi kenyalang baru kali pertama naik. Anak-anak punyalah seronok. Qaisara takbsabar tunggu cruise berjalan.
Mama yang tak seronok. Sebab dari malam sebelum sakit gusi bongsu. Dah masuk umur 36 tahun baru nak tumbuh gibi. Cun pulak time birthday. Rasa macam pelancong bila naik cruise. Tambah lagi kitaorang pergi dengan geng satu jabatan. Meriah...
Dalam cruise dapag minum air oren dengan kek lapis sarawak. Siap ada persembahan kebudayaan lagi
This blog was dedicated to my lovely daughter, Adriana batrisyia and Adhana Qaisara...mama loves both of you
Monday, December 10, 2012
SARAWAK RIVER CRUISE
Friday, December 7, 2012
Happy Birthday Adhana Qaisara
Anak mama dah 4 tahun semalam. 6 disember 2012. Semoga jadi anak yang cemerlang dunia akhirat. Sihat selalu... Mama dan papa sayang Sara..
Friday, November 16, 2012
Aktiviti cuti
Semalam cuti maal hijrah.. Alang-alang hari ni jumaat, so sambung cuti. Itu yang rabu lepas pulun siapkan markah. Kerja kat opis memang tak habis-habis. Semalam hubby tak kerja. So pergi kamdar beli kain baju sekolah. Lepas tu pergi spring cari goggle dengan topi untuk swimming lesson esok.
Hari ni tak kemana sebab hubby kerja. So memasak nasi beriyani..untuk anak-anak. Teringat kecik-kecik dulu arwah ayah beli nasi beriyani. Makan ramai-ramai. Nasi beriyani ayah yang paling best...kakak suka sangat makan bertambah...
Friday, November 9, 2012
Tahniah Adriana Batrisyia
Lama tak update... Mama nak ucapkan tahniah untuk anak mama Adriana Batrisyia..semoga sentiasa cemerlang untuk masa depan. Actually khamis lepas mama dapat hadir tengok kakak naik pentas untuk majlis anugerah cemerlang. Dapat nombor 3 kali ni. Dapat 8A 2B. Bila kira lima subjek dapat 4A 1B. Mama dgn papa turut berbangga dengan kakak..
Saturday, September 8, 2012
ENTRI YANG TERTANGGUH
Cerita raya belum diletakkan dalam blog? Malas dan tak sempat nak update. Alhamdulilah tahun ni dapat beraya di jb. Semapt menziarah kubur ayahanda tersayang sebelum hari raya. Raya pertama di jb kali ni. Raya kedua baru bergerak ke melaka. Sempat beraya rumah adik beradik ayah. Jalan jammed tak usah kata. Pukuln10 malam baru sampai Melaka. Cuti dua minggu dimanfaatkan sepenuhnya. Sempat beraya di Singapore dan pergi USS.
HAPPY BIRTHDAY ADRIANA BATRISYIA
Happy birthday untuk anak mama yang ke tujuh tahun. Semoga jadi anak yang solehah cemerlang dunia dan akhirat. Gambar kek ni masa celebrate di jb minggu lepas.
Saturday, August 11, 2012
menghitung hari
Tak lama lagi je raya menjelma. Persiapan raya untuk anak-anak dah setle. Untuk diri spendiri belum lagi. Tunggu balik jb baru nak shopping. Bestnye tahun ni beraya di jb. Flight hari khamis depan. Kuching-kl-kl jb. Sebabnye mas takde direct flight ke jb. Tapi tak kisahla...
Biskut raya? Tak fikir nak buat pun tahun ni. Cuma beli untuk mak mentua je. Untuk mak sendiri beli kek lapis. Dah oder lima jenis. Ramadhan kali ni simple je.. Rasanye setakat ni baru dua kali ke bazar. Berbuka kat luar adalah beberapa kali. Plan raya tahun ni first day raya br blk melaka. Raya ketiga raya kat batu pahat dan spore. Lain- lain belum tau lagi.























