Monday, April 26, 2010

ENTRI YANG LEPAS-LEPAS

Gambar ni kakak yang petik. tak berapa clear

ni pun sama kakak yang petik sebab tu nampak tangan papa je
Ni nama kedai tu. nasi aruk dia sedap



Gambar dua beradik weekend yang lepas. memang suka bergambar


Gambar kat atas masa kami pergi makan satu family dengan gambar anak2 dua orang tuh. So mak kat johor bolehlah tengok gambar ni yang latest punye. Sebab semalam masa call mak tak dapat nak imagine kakak semakin besar ke apa. kalau telefon guna 3g tak berapa nampak badan nampak muka jer...
Minggu ni lagi 2 hari keje sebelum cuti seminggu lebih minggu depan. 30 hb flight kami sekeluarga akan belepas jam 7.30am ke KL. Gi Kl sebab nak attend kenduri kahwin anak mak lang yang kembar. Lepas kenduri ingat nak stay satu hari lagi cuti2 sebelum balik jb pada hari Isnin. Sebab 8hb may nak buat kenduri arwah ayah sebelum aku balik kuching ahad 9hb.

So... jb i'm back. setelah beberapa bulan tak balik. kakak sampai dah rindu asyik sebut nak balik johor nak balik umah nenek sibah. dah macam2 plan dia. nak ajak pak uteh bawak main bowling lah, nak main layang2 kat hutan bandar MBJBT lah.. so sape lagi kalau bukan pak uteh lah driver nyer. mama pulak biasalah balik johor nak balas dendam makan makanan favourite. ABC auntie, nando's, vivo, sizzling kat tesco, steamboat kat dataran jb, mee rebus hj wahid (ni mesti papa suka + otak2) dll.ha3

Booking confirmation baru dapat pagi tadi dari legend hotel KL. Kali ni amik apartment 2 bilik biar ramai boleh join sekali. family aku dengan mak mentua. Sebab ingat senang nak jalan2 area tu lrt dekat, komuter dekat.. seperti biasa kemestian orang kuching kalau nak gi shopping ialah jalan tar dengan sogo. Agaknya sogo sale tak? Setahu aku sogo memang sale sokmo...

Thursday, April 22, 2010

kisah semalam

semalam ada hal dah jadi. Masa keluar amik batrisyia dari office kereta accident. Orang langgar belakang bontot kete.. yang hairannya tengah2 slow bukannya laju. sebab jalan tengah jem sebab orang buat jalan.

Masa tu baru nak masuk gear 1 nak jalan tiba2 berdentum je belakang kete. Kuat jugaklah hentakannya. Bila keluar tengok macam tak de apa sangat cuma bumper ada sikit bekas. So suruh cina tu betulkan je. Mula2 aku cool je tapi bila dia kata sikit saja.. kereta saya pun kena maa.. mulalah darah aku nak naik.. aku jawab.. kalau u tak langgar kereta saya, kereta saya pun tak kena dan kereta u pun tak kena...salah tetap salah. mengaku je lah ntah2 tak de lesen sebab umur budak tu baru 18 tahun.

so dia suruh pergi kedai dia kerja untuk jumpa boss dia. sebab kete tu kete bos dia. sebab rushing nak amik kakak tunggu hubby balik untuk tengok . sat lagi kalau aku sorang2 kena buli pulak... bila balik umah baru perasan ada kemek kat pintu bonet dengan bumper dah renggang sikit.

So sblm gi opis petang pergilah kedai tu. Diorang dengan lagaknya kata ok lah tinggal kete seminggu untuk dibetulkan. Pangg.. geram nyer aku gi keje nak pakai keta apa. Mulalah aku menjawab.. Ok sekarang ni u dah langgar kereta saya, takkan saya pulak nak ikut condition u. macam ni saya bawak kereta pergi perodua untuk repair u bayar saja kos repair. Terus je diorang panggil bos yang mula2 kata tak de kat kedai. tah apa diorang nego sama diorang oklah u hantar kat kedai yang diorang bagi address satu hari pun boleh siap.. hah tengok.. boleh pulak...aku pun berani gak gertak diorang. Diorang takut hantar perodua nanti satu pintu kena ganti.. padan muka sape suruh..

kesimpulannya kita kena berani kerana benar. dah tu tak pasal2 kena ganti kelas semalam pada hari isnin depan sebab emergency nih. hih3 cubaan...dah la ni minggu2 sibuk sebab next two weeks cuti 2 minggu balik kl dan jb. (family matters)

So kalau belaku accident ni perkara yang kena buat..

1. Jangan panik cool je
2. Tengok banyak mana kerosakan kalau tak berapa nak teruk pergi tepi jalan berhentikan kete supaya jalan tak jem.
3. Call hubby atau sape2 yang boleh tolong
4. Amik details kete yang terlibat tu

Sunday, April 18, 2010

Hari prestasi taski ABIM

Jumaat lepas, pergi sekolah kakak dengan hubby. sebab jumaat lepas hari prestasi Taski. mama dengan papa amik cuti bagai nak bagi support untuk kakak. rasanya kami yang sampai awal. Kul 7.45 dah sampai sekolah.

Ingat belum start tapi tengok cikgu dah ada kitaorang masuk je. Cikgu bagi report card.. tengok kakak dapat ni 6/20. Tak kisahlah apa nombornya tapi nak tengok macamana progress dia. Cuma agak terkejut hafazan doa dapat c. Tanye dengan cikgu.. rupa2nya kat sekolah dia ni pendiam sangat. Kalau kat rumah suara dia. tu yang cakap dengan cikgu kalau kat umah dialah yang baca doa makan siap terjemahan lagi. kat sekolah rupanya suara dia halus je kata cikgu.

Ni yang tengah fikir ni macamana method nak grooming social skill kakak ni. Kat umah rasanya ok tapi kat sekolah tu. Rasanya dia tak de masalah dengan hafazan doa atau ayat lazim. tapi mungkin sebab dia tak bercakap bila cikgu tanye tu .. kakak..kakak. Ada 2 subjek dia dapat full marks (10/10) English dengan Asas sains. yang lain 7 ke atas..

Mama cakap dengan dia tak pe lah no 6 kali ni. next time mama nak tengok no 1 pulak.. yang tak tahan tu dah minta hadiah. Apa hadiah saya mama dapat no 6. papa dia jawab nantilah papa bawak pergi KL dengan Johor next 2 weeks.

Semalam balik umah nek bi ada kejutan atas meja. Ingatkan siapa punya rupanya kakak punya usu yang bagi. Tapi semalam sampai umah nek bi dia tido. So pagi tadi baru kakak bukak kejutan dia tu....

Sunday, April 11, 2010

Weekend nan satu

morning.... its monday...

minggu lepas aktiviti macam biasa lepak2. bawak anak2 jalan2 pergi makan, pergi shopping mane lagi kalau bukan pergi spring dengan Boulevard. Kakak dah pandai shopping. masuk Parkson minta sandal pooh tak beli merajuk. kata dia asyik adik je mama belikan.. tarik muka.. masuk MPH mintak buku tak beli terus keluar kedai.. Last 2 macam2 dia beli...

This week jalan2 dengan mak uda. Lagi pun dia study week. Chaiyoo mak uda study rajin2 dapat 4 flat. Ni cabaran ni..

Yang lain2 macam biasa. Semalam lepas breakfast kat Chilipapers simpang tiga, bawak 2 orang tu pergi liew specialist. Batuk selsema diorang tak baik2. Adik start jumaat macam nak demam. So semalam untuk 2 orang RM 100.00 gak habis untuk ubat dr je.. Tapi ok gak doktor punye consultation. banyak juga advice dia bagi bila mama refer certain case kakak dengan adik. Semalam tengok selsema adik dah semakin reda. Hopefully sesuai lah ubat dengan diorang tu.

Cuma kakak agak susah sikit sebab ada alergic certain antibiotic. tak boleh sembarangan..

Wednesday, April 7, 2010

makanan untuk otak

memang dah lama nak cari info pasal brain food ni. Sebab kalau boleh nak bagi cukup nutrition untuk anak2. yelah diorang masih kecik.. banyak nutrition yang kena ambil. So saya pun survey2 dapatlah info yang boleh kita kongsi bersama. Tak ingat dari blog mana saya amik info ni...

1. salmon
Ikan berlemak seperti salmon kaya dengan omega3-DHA dan EPA yang sememangnya penting untuk perkembangan dan pertumbuhan fungsi otak. Ada kajian mengatakan walaupun tuna juga mempunyai Omega 3 tapi khasiatnya tak boleh melawan ikan salmon.

2. Telur
Sumber protein yang termurah.bahagian kuning telur kaya dengan kandungan kolina. yang dapat membantu perkembangan memori dan daya ingatan.

3. kacang tanah
merupakan salah satu sumber vitamin E.Vitamin ini merupakan antioksidan yang dapat melindungi membran-membran sel saraf.

4. Gandum
mengandungi vitamin B yang berfungsi memelihara kesihatan sistem saraf

5. Oat/Oatmeal
Sumber vitamin B, Vitamin E dan potasium

6. Berry(cherry/ strawberry/ blueberry dan blackberry)
semakin kuat warna semakin banyak nutrisi. mengandungi antioksidan kadar tinggi khususnya vitamin C dan dapat mencegah dari penyakit cancer. Biji dari buah berry ini mengandungi omega 3.

7. kekacang
Kaya dengan kandungan serat, vitamin dan mineral

8. Sayuran berwarna
tomato, labu, bayam adalah sayuran yang kaya dengan nutrisi dan sumber antioksidan yang akan membuat sel2 otak kuat dan sihat.

9. Susu dan Yogurt
Makanan ari produk susu mengandungi protein dan vitamin B yang tinggi. Dua nutrisi ini penting bagi pertumbuhan otak, neurotransmitter dan enzim.

10. Daging lembu tanpa lemak
Mengandungi mineral yang dapat membantu memelihara daya ingatan..

Hopefully ini boleh jadi panduan dalam kita menyediakan menu sekeluarga..

Monday, April 5, 2010

Antara tanggungjawab & benci

nampak pelik je entri ni.. tapi inilah yang aku hadapi sekarang ni..(ruangan melepas perasaan)

tanggungjawab sebagai anak+ kena hadapi situasi yang memang aku tak suka.. memang tak suka...

sebab musabab rasanya tak sesuai nak cerita kat sini...macam2 persoalan yang timbul:

1. boleh ke nak terima?
2. macamana nak hadap muka dia?
3. sanggup ke nak tengok lakonan yang plastik tu?
atau
4. sanggup ke nak dengar lagi cite yang tak logik dan bodoh.. ha2
atau mungkin hanya sa**ah yang tau (watak rekaan sendiri)
5. dah la panggil org an**ng (tak nak aku)

wei nak bohong pun biar logik la sikit.. budak kecik pun pandai pikir

Itu lah entri kali ni.. nampak pelik tapi benar tiada tipu2 dan ditokok tambah...

monday yang mengejutkan

it's monday....

macam2 benda yang jadi pada hari isnin. Biasalah isnin kan hari pertama dalam mulakan minggu baru. setelah 3 hari cuti rasa malas nak pergi opis. tapi mesti kena semangat. ada kelas ganti petang isnin. so untuk student saya pun kena semangat esp. DIP3..sebab lecturer dia semangat petang isnin tu...kwang2...

cuma kali ni mood hilang sebab dengar berita yang tak berapa nak best. tension pun ada nak nangis pun ada... tapi malas nak pikir banyak.. seperti yang aku kata let it be.. lantaklah satu hari nanti tau.. (Kiki, zai, yati je yang tau kes apa ni)

Betul kata orang tua cinta itu buta... sebab tu bila dah kena panggil dengan nama tutt pun masih kata itu sikit je.

so pada yang sorang tu keputusan ada kat tangan ko.. bak kata nabil "lu pikirlah sendiri". nak cakap banyak pun tak guna. yang pasti aku ada sume bukti tak payah nak plastikk...

untuk kiki, zai, aus.. ha3 enjoy your lovely2 weekend..jeng2...kak long tak nak join dan sememangnya malas nak join sekaki. semoga berbahagia...